shuhairahshukri's story

Tuesday, July 2, 2013

INI CERITA SHUHAIRAHSHUKRI DAN UiTM TERENGGANU

26 Julai 2010 tarikh yang dinanti oleh setiappelajar baru di seluruh UiTM Semalaysia. Iaitu, hari pendaftaran kemasukan pelaja baru. Rezeki ada dimana-mana. Aku salah satu pelajar di UiTM Terengganu. Dalam jurusan Diploma Sains Komputer (DCS) dalam Fakulti Sains Komputer Dan Matamatik (FKSM). Pada waktu itu, aku sangat gembira, sebab impian aku yang dah lama aku inginkan tercapai. Alhamdulillah. Tapi, perasaan aku berada di negeri orang yang berjauhan dari keluarga, membuatkan aku sedih. Tapi tak apa, aku boleh belajar dari situ hidup sendirian dari keluarga. Di hari pertama orentasi, aku memang benci dekat sorang kakak ni. Macam apa je. Sikit-sikit nak menjerit-jerit. Macam .......... Masa tu aku buat tak layan jela. Biasa la hari pertama berada ditempat baru, tipu la kalau aku duduk berborak sakan. Semua kawan-kawan masa tu diam je, maklum la kepenatan, menyampah. Seminggu pun berlalu dengan cepat. Perasaan nak habis orentasi masa tu, aku la orang yang paling bahagia sekali. Tak terkata. Lepas je tamat orentasi, aku membalas dendam dengan TIDUR. Lama.


nanti kita sambung lagi, lunch dulu :)

No comments:

Post a Comment