shuhairahshukri's story

Monday, July 1, 2013

I Miss You, Abang

Ingatanku masih tebuku wajah seorang kanak-kanak yang tidak mengetahui erti sebuah kehidupan. Kisahnya bermula apabila doktor memberitahu bahawa anaknya itu menghadapi penyakit kronik, jantung berlubang. Malah hanyatnya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja. Tapi, berkat doa ahli keluarga, alhamdulillah usianya hampir menjangkau 15tahun. Seingat aku, dia akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2012. Pada malam itu, ketika aku tengah menonton televisyen sambil makan malam, aku dikejutkan dengan panggilan telifon dari ayah aku yang DIA sudah tidak ada lagi. Ingatan aku pada waktu itu, tidak dapat memikirkan apa-apa. Aku terus keluar dari dewan makan, dan aku menangis teresak-esak. Ketika itu, aku hanya diam terduduk dan tidak mampu untuk membuat apa-apa. Aku beritahu ayah, aku ingin pulang ke rumah untuk melihat DIA dan aku juga pernah menjaganya ketika DIA sakit terlantar di Hospital Selayang. Beberapa kali dia dimasukkan ke hospital. Akulah orangnya yang sekian menjaganya dia hospital ketika DIA sakit. Tapi, apakan takdir, anak yang tidak berdosa, telah pulang ke tempat asalnya buat selama-lamanya. Pada masa setahun sebelumnya, Opah telah pergi buat selama-lamanya, kini giliran DIA pula. Aku rasa teramat sedih kerana, orang yang selama ini yang rapat dengan aku semuanya telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Semasa DIA masih hidup, telatah si kecil ini membuatkan aku tak kering gusi ketawa, tersenyum dengan keadaan badannya yang kecik, halus, kaki dan tangannya kurus melidi akibat menyakit yang dialaminya. Arwah Opah pernah memarahi ayah si kecil ini,"Kau bagi jela apa yang anak kau makan, selagi hayat dia ada". Pada waktu itu aku hanya tergelak dengan gurauan yang opah berikan. Setiap hari, setiap masa, ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital, menjadi makanan hariannya. Dikunyah seperti gula-gula. Tidak ada rasa pahit. Aku hairan. Mungkin sudah 15tahun hayatnya bergantung kepada ubat-ubatan. Kini, sudah 2tahun lebih dia meninggalkan aku dan buat semua ahli keluarganya. Semoga roh arwah Mohammad Imran Mohd Azmir kekal dalam ingatan aku dan keluarga. I miss you, Abang. Al-Fatihah...
 

No comments:

Post a Comment