shuhairahshukri's story

Monday, July 15, 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, TEGAR

Malam tu aku terdengar adik aku menyanyi satu lagu ni, aku rasa macam pernah dengar. Lama-lama aku dengar, Wahhhh.. Sedapnya lagu ni, dan aku pun rasa pernah dengar lagu tu. Aku cuba tanya adik aku lagu apa, dan dia pun bagi tau la tajuk lagu tu. Aku pun cuba la menyanyi sikit-sikit walaupun baru tau lagu tu. Pagi ni aku cepat-cepat masuk office dan aku terus buka laptop. Aku cuba Google tajuk lagu ni dan terpampang kisah budak ni. Aku pun kusyuk la membaca. Perasaan aku terus bertukar terharu pada budak ni. Kisahnya bermula di tepi jalan-jalan sambil meminta sedekah kepada orang yang lalu-lalang. Dari situ, dia belajar menyanyi dan dialunkan dengan sebuah gitar keciknya. Aku teliti lirik yang disampaikan, ternyata rasa simpati dengan nasib Tegar dan keluarganya. Dan sekarang, Alhamdulillah. Tegar dah jadi porpular tau. Bukan lagi pengemis. Dia dah berjaya bantu keluarganya dan dia dah bangkit dari kepompong kemiskinan. Berkat usahanya, dia jadi terkenal tak kira tempat, di youtube, corong-corong radio, dekat tv. Kisah Tegar kita boleh dijadikan tauladan untuk semua. Tak semestinya miskin akan miskin selama-lamanya. Yang menjadi tonggak utama adalah, kita kena "Rajin Berusaha". Bak kata peribahasa, Usaha Tangga Kejayaan. Kalau kita usaha lebih, lebih la kita dapat. Tak kira usaha yang macam mana kita nak buat. Usaha ada di mana-mana. Kita kena rebut peluang yang ada. Bak kata korang sendiri, peluang hanya datang sekali. Walau ada di kalangan kita yang dah hidup senang, tak semestinya kita tak perlu usaha kan. Kita kena fikir, duit yang kita dapat sebelum kita bekerja, tu duit mak ayah kita yang dah banyak bersusah payah bekerja dan dengan usaha mereka sendiri. Dan kita, sebagai anak kena menghargai jasa pengorbanan keluarga kita. Dan jangan lupa, kita juga kena jadi macam mak ayah kita. Nak hidup senang, walaupun tak ada title "Kaya" kita kena ingat, usaha tu penting tak kira la apa yang kita buat. InshaAllah, lengkap dengan "Usaha", "Doa" kita dah cukup untuk kita dapat apa yang kita nak. Dan last, "Tawakal". Kalau Tuhan dah tentukan hidup kita macam ni, kita kena bertawakal. Tapi, jangan la kita cepat mengalah ok. Aku harap, kisah budak Tegar ni boleh dijadikan contoh. Jom download dan dengar lagu dia dan hayati liriknya. Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Tuesday, July 2, 2013

INI CERITA SHUHAIRAHSHUKRI DAN UiTM TERENGGANU

26 Julai 2010 tarikh yang dinanti oleh setiappelajar baru di seluruh UiTM Semalaysia. Iaitu, hari pendaftaran kemasukan pelaja baru. Rezeki ada dimana-mana. Aku salah satu pelajar di UiTM Terengganu. Dalam jurusan Diploma Sains Komputer (DCS) dalam Fakulti Sains Komputer Dan Matamatik (FKSM). Pada waktu itu, aku sangat gembira, sebab impian aku yang dah lama aku inginkan tercapai. Alhamdulillah. Tapi, perasaan aku berada di negeri orang yang berjauhan dari keluarga, membuatkan aku sedih. Tapi tak apa, aku boleh belajar dari situ hidup sendirian dari keluarga. Di hari pertama orentasi, aku memang benci dekat sorang kakak ni. Macam apa je. Sikit-sikit nak menjerit-jerit. Macam .......... Masa tu aku buat tak layan jela. Biasa la hari pertama berada ditempat baru, tipu la kalau aku duduk berborak sakan. Semua kawan-kawan masa tu diam je, maklum la kepenatan, menyampah. Seminggu pun berlalu dengan cepat. Perasaan nak habis orentasi masa tu, aku la orang yang paling bahagia sekali. Tak terkata. Lepas je tamat orentasi, aku membalas dendam dengan TIDUR. Lama.


nanti kita sambung lagi, lunch dulu :)

Monday, July 1, 2013

I Miss You, Abang

Ingatanku masih tebuku wajah seorang kanak-kanak yang tidak mengetahui erti sebuah kehidupan. Kisahnya bermula apabila doktor memberitahu bahawa anaknya itu menghadapi penyakit kronik, jantung berlubang. Malah hanyatnya hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja. Tapi, berkat doa ahli keluarga, alhamdulillah usianya hampir menjangkau 15tahun. Seingat aku, dia akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2012. Pada malam itu, ketika aku tengah menonton televisyen sambil makan malam, aku dikejutkan dengan panggilan telifon dari ayah aku yang DIA sudah tidak ada lagi. Ingatan aku pada waktu itu, tidak dapat memikirkan apa-apa. Aku terus keluar dari dewan makan, dan aku menangis teresak-esak. Ketika itu, aku hanya diam terduduk dan tidak mampu untuk membuat apa-apa. Aku beritahu ayah, aku ingin pulang ke rumah untuk melihat DIA dan aku juga pernah menjaganya ketika DIA sakit terlantar di Hospital Selayang. Beberapa kali dia dimasukkan ke hospital. Akulah orangnya yang sekian menjaganya dia hospital ketika DIA sakit. Tapi, apakan takdir, anak yang tidak berdosa, telah pulang ke tempat asalnya buat selama-lamanya. Pada masa setahun sebelumnya, Opah telah pergi buat selama-lamanya, kini giliran DIA pula. Aku rasa teramat sedih kerana, orang yang selama ini yang rapat dengan aku semuanya telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Semasa DIA masih hidup, telatah si kecil ini membuatkan aku tak kering gusi ketawa, tersenyum dengan keadaan badannya yang kecik, halus, kaki dan tangannya kurus melidi akibat menyakit yang dialaminya. Arwah Opah pernah memarahi ayah si kecil ini,"Kau bagi jela apa yang anak kau makan, selagi hayat dia ada". Pada waktu itu aku hanya tergelak dengan gurauan yang opah berikan. Setiap hari, setiap masa, ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital, menjadi makanan hariannya. Dikunyah seperti gula-gula. Tidak ada rasa pahit. Aku hairan. Mungkin sudah 15tahun hayatnya bergantung kepada ubat-ubatan. Kini, sudah 2tahun lebih dia meninggalkan aku dan buat semua ahli keluarganya. Semoga roh arwah Mohammad Imran Mohd Azmir kekal dalam ingatan aku dan keluarga. I miss you, Abang. Al-Fatihah...
 

Wednesday, June 19, 2013

Saturday, June 25, 2011

PARUT TIDAK MUNGKIN AKAN HILANG ...

pada waktu ini aku berusia dalam lingkungan 6 tahun. time ni aku sekolah tadika kemas dekat Selayang Baru. time tu aku dah balik sekolah.. selalunya mak mesti ambil aku balik sekolah.. dulu-dulu pakai basikal je, sebab mak tak pandai bawa motor tak pun kereta. basikal je yang mak tahu bawa. so, time tu memang panas la.. cahaya matahari panas terik dekat atas kepala aku ni la kan, aku pun duduk la dekat tempat duduk basikal dekat belakang. macam biasa la, sebelum aku nak naik mak suruh kangkang kaki kan.. biasa la budak kecik lagi kan time tu..nanti takut kaki masuk dalam tayar pulak.. aku pun kangkang la, then mak pun terus la kayuh basikal tu. aku pun duduk dekat belakang tu dengan tangan pegang besi yang aku dudk tu.. tetiba mak kayuh dah nak rapat dengan pokok-pokok dekat tepi jalan tu. biasa la kan rumah orang, kadang-kadang diorang letak pasu bunga dekat luar rumah diorang kan. then, aku dah nampak ada tebing tembok yang orang boleh duduk dekat luar pagar rumah orang tu, mak kayuh nak dekat je dengan kawasan pasu-pasu bunga yang dah macam kawasan hutan rasa.. tetiba nak dekat dah dengan tembok tebing tu kan, aku dah jadi kelang kabut tak tahu nak buat apa lagi kan, tetiba dengan pantas aku elak kaki dari tembok tu, tapi bila aku elak je,kaki aku terus masuk dalam jejari basikal.. mak pulak tengah kusyuk kayuh basikal. tetiba aku terus menjerit sakit. mak cepat-cepat berhentikan basikal. then mak pun cepat-cepat turun dari basikal dan terus tarik kai aku. kaki aku dah keluar darah banyak sangat. mak pun tak fikir panjang mak pergi rumah orang nak mintak ubat. lepas tu, mak sapu ubat dekat kaki aku. aku menangis dan rasa pedih yang amat sangat. mak pun pulang ubat tu balik. then,aku pun naik la basikal semula dengan kaki dah berdarah banyak, mak pun kayuh basikal slow sangat sebab takut kaki aku rasa sakit lagi. tapi memang sakit la time tu. tuhan je tahu. bila dah sampai rumahkan.mak letak ubat lagi dekat kaki, aku terus je tukar baju sekolah, kain sekolah dengan penuh darah. aku memang tak nak pergi klinik tau. nanti lagi sakit. aku just duduk rumah je. yang paling best aku ponteng sekolah dua minggu.. aku kat rumah tak boleh makan seafood, nanti takut jadi lagi teruk dan gatal. aku makan bubr dgn lauk sayur je la.. kat rumah pun aku tak keluar pun, duduk rumah je. kaki aku, aku tutp dengan tape punya sarung yang keras tu. ingat lagi tak,time zaman aku pakai video tape yang besar tu, so, sarung dia aku jadikan penutup dari kaki aku hinggap serangga yang terbang-terbang.. experience aku memang ni paling terburuk la, sebab parut dia masih ada lagi sampai sekarang. sekarang umur aku dah 19,so time ni aku kena dalam umur 6 tahun. dah dekat 13 tahun, kesan dia still ada lagi taw.. tpi apa pun, PENGORBANAN SEORANG IBU TERHADAP ANAK DIA SANGAT KUAT DALAM DIRI AKU.. SAYANG MAK.. WALAUPUN AKU STUDY JAUH DENGAN MAK, AKU STILL SELALU INGAT PESAN MAK PADA AKU..

Monday, May 9, 2011

TERKANTOI BILA MENIPU

hai hai hai.. aku nak story sikit la.. ni tentang kejadian aku nak tahu jumlah bil broadband aku.. line broadband ni aku daftar atas nama mak aku.. jadi kalau nak apa2 mesti la atas nama mak aku kan.. jadi time ni pulak boleh pulak mak aku tak ada.. jadi aku nak tanya jumlah bil ni.. so, aku pun menyamar la jadi mak aku sebentar.. korang dengar la perbualan aku( sebagai mak) dengan operator:

aku : (dengar la operator tu cakap sorang2).. sambil tu aku tekan la no yang dia suruh tekan untuk pergi ke sistem dia..

operator : selamat petang cik.. boleh siapa di talian?
aku : saya suriati (ni nama mak aku)..
operator : ye cik suriati.. boleh saya bantu..
aku : boleh2.. saya nak tanya berapa bil tunggakkan sekarang..
operator : boleh bagi no ic cik..
aku : (dalam hati dah debor sebab aku tengah menyamar jadi mak aku..aku pun bagi la no ic dengan confident nya..) no ic ye cik.. ok xxxxxx-xx-xxxx..
operator : sekejap ye..
aku : ok cik (sambil2 tu aku dengar lagu 1Malaysia)
operator : cik,boleh bagi no ic lagi sekali..
aku : (aku ulang la baik no ic tu)..
operator : cik ,no ic cik salah la..
aku : (ahh sudah.. mati la..dah la aku tengah menyamar ni)
operator : dekat dalam sistem no ic cik yang tahun 6xxxxx ..
aku : (alamak kantoi la.!!! habis la ) ohh maaf .. saya sudah lupa..maklum la saya sudah tua.. (dalam hati aku dah ketawa terbahak2)
operator : cik,boleh saya tahu cik ni siapa?
aku : (alamak , mati la..) saya anak kepada suriati.. maaf cik.. saya tipu je semua tadi.. sebab nanti susah la nak tahu bil semua sebab sebelum ni kan maxis nak kena call mak saya dulu sebab saya nak cepat jumlah bil saya.. sebab saya nak bayar. maaf cik..
operator : ohh..haha.tak mengapa..patut la saya dengar macam bukan suara macam tak percaya sudah umur 40-an.. tak apa la saya bagi terus jumlah bil..
aku : ok cik..terima kasih..
operator : sama.. ok cik, jumlah bil semua rmXX.XX ..
aku : ok cik terima kasih..
operator : sama2.. cik,ada lagi yang saya boleh bantu??
aku : itu sahaja rasanya..
operator : baik cik..terima kasih menggunakan perkhidmatan kami..
aku : sama2..

lepas je aku letak, aku ketawa terbahak2 la..memamg keluar air mata aku.. aku la seorang penipu yang jujur.. haha.. memang aku tak sangka benda ni akan berlaku..wahahah.. operator tu mesti tak pernah lagi dapat customer macam ni kan.. haha..apa pa pun,korang yang kat luar tu jangan la nak tiou orang opertor ok..mesti ada je benda yang terkantoi..

Sunday, May 8, 2011

HADIAH DARI SHUHAIRAH SHUKRI KEPADA KORANG BERTIGA

SELAMAT MALAM KAWAN KAWAN.. MALAM NI KAN AKU NAK BAGI HADIAH DEKAT MY FRIEND YANG SUKA STALKER AKU DAN MEMBUATKAN AKU JATUH MALU SERTA MERAH PIPI.. RASA RASAKAN HADIAH NI CUKUP TAK?? SEBELUM TU AKU KENALKAN NI LA KAWAN BAIK AKU.. AKU KENAL DIA SEKAT REDANG DEKAT UITM DUNGUN.. KORANG ADA?? HAHA.. AKU JINAKKAN DIA NI BUKAN SENANG TAU.. SUSAH JUGAK LA.. MULA MULA AKU RASA PATAH HATI LA NAK JINAKKAN DIA.. TAPI, SEBAB KORANG KAN, AKU TRY LA NAK JINAK AKN DIA.. HAHA.. AKU KENAL KAN INI NAMA DIA MAKYEH.. TENGOK JE NYEHH.. TAPI, SENYUMAN DIA, HUHH.. MENAWAN LA.. KORANG ADA?? HAHA.. AKU PUN TAK ADA.. NAK TAHU TAK, KUASA DIA NI BOLEH PERGI KE 100KM/H.. AKU PERNAH RASA.. ITU YANG JADI BENGONG SAMPAI HARI NI.. DISEBABKAN KORANG STALKER AKU KAN, AKU NAK BAGI HADIAH NI DEKAT " QUE ZAZA" (KETUA STALKER) , " ELLY KAMARUDIN "(PEMBANTU STALKER NAK SEBAR2 KAN DEKAT KUNCU2), " AIFA NADWA MUHAMMAD" ( PENGHASUT KEPADA KETUA).. NI NAK BAGI TAHU YANG HADIAH NI AKU BAWAK ISTIMEWA DEKAT KORANG BERTIGA.. YANG " SHAFIQ MOHD NOR "( DIA NI LA YANG DIORANG DOK STALKER DENGAN AKU) .. KORANG MEMANG BERUNTUNG DAPAT HADIAH NI KAN.. SEKALI TUMBUK JE, MEMANG KORANG DAH MELAYANG KE NEGARA AUSTRALIA, DISNEYLAND.. HAHA.. TEMPAT NAK BEST JE.. AKU PUN TAK PERNAH SAMPAI DEKAT SITU.. TAPI TAK MENGAPA KAN.. HAHAHAHAHA.. BEST TAK?? ADAKAH KAMU BERTIGA SUKAKANNYA.. I LOVE MY MAKYEH.. GO MAKYEH GO !! MUWAHHHXX !!